petang ini aku baru saja pulang dr menghadiri majlis konvokesyen anak saudara di PICC Putrajaya....meronok dan bangga melihat anak melayu masih boleh berjaya melanjutkan pelajaran ...konvokesyen dari pelajar KPTM dan IKM tajaan MARA..rata2 semua pelajar adalah anak melayu..tahniah di ucapkan kepada semua pelajar..ingatlah dan sedarlah tiada yang membanggakan ibu bapa selain melihat anaknya berjaya dalam pelajaran dan harta yang paling berharga adalah ketinggian ilmu yang di miliki dan ilmu itu dapat pula membantu orang lain..
terfikir oleh aku betapa aku sudah lama menginginkan untuk sambung belajar ke peringkat ijazah.namun hingga kini masih belum mampu melaksanakannya..banyak benar halangan dan rintangan dan semangat suam22 kuku je yang tinggal..tiada sebarang motivasi sokongan dan dorongan...terfikir juga haruskah aku menjadi enau dalam belukar ,melepas kan pucuk masing222....demi untuk kejayaan sendiri..kerana diri sendiri tiada siapa yang dapat menolong selain diri kita sendiri.....jadi benarlah terkadang kita mesti jadi enau dalam belukar...kalau hanya memikirkan hal org lain..meratap tangis ,,hiba ,,asyik salahkan takdir..sampai bila hendak berjaya?????
aku juga sering mendengar kata2..bersyukurlah dengan apa yang ada......bagiku kata2 itu sudah tidak relevan lagi..tiada unsur motivasi langsung...malah ibarat menytimbah air dingin keatas bara yang panas membakar....terus padam....tiada lagi semangat yang membara....kata2 yang mahu memujuk hati nan kecewa sedang diri meronta hiba...
hati juga sering tertanya....benarkah Allah akan gantikan aku dengan rezeki lain yang lebih baik......hati amat kecewa dengan birokasi yang berlaku ....dan aku jadi mangsanya ..dendam..tidak puas hati..dengki..dan tidak mahu org lain lebih dari dia....entahlah...inilah agaknya mainan dunia..
Allah selalu menguji hambanya mengikut kemampuan nya...Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan hambanya...terkadang aku rasakan bagai habis segala kekuatan menghadapi semua ini...semoga Allah tidak melupakan aku untuk mengubah sedikit takdirku agar warnaya berubah menjadi warna2 yang amat indah dan bahagia....walau keindahan itu bagai hanya satu kisah dongeng....
No comments:
Post a Comment