Friday 4 November 2011

lelaki itu
menguntum senyum padaku
memberi mawar harum merah
katanya mawar ini
lambang cinta
lelaki itu
menyapa lembut padaku
berbicara santun penuh kelelakian
menambat jiwa
lelaki itu
berdiri di hadapanku
memegang tanganku
memimpin aku ke teratak cinta
yang kami bena atas lantai rindu dan kasih
yang kami tegakkan dengan
arasyi nan utuh
lelaki itu
tetap di situ
hingga hujung nyawa
kerana dia adalah aku
dan aku adalah dia...

No comments: