maafkan aku
yang selalu buat kamu menyulam rindu
maafkan juga aku
yang selalu buat kamu di ulit bimbang
maafkan aku jua
yang selalu membuat kau di peluk resah
maafkanlah aku
jika kamu sering mendamba kasih
maafkan aku sekiranya
aku bukan untukmu
maafkan aku kerna rindumu
bukan untukku
maafkan aku jua
kiranya aku
tidak berhak untuk kasihmu
rebahkan rindu dan kesahmu
pada yang Esa
kerna dialah
pemilik agung cinta kita
No comments:
Post a Comment