bukan ku pinta secalit kasih
bukan jua ku damba secarik sayang
bukan ku harap semanis rindu
apatah lagi untuk ku riba sewadah cinta
cuma pintaku
kenang dan ingatlah aku
bahawa aku pernah bertamu di hati mu
mencarik rindu
mengarai kenangan
memeluk impian
mengejar pelangi di kaki langit
hingga di seketika kita pernah basah di timpa segugus gerimis
lalu kita temui sebuah
teduhan untuk melepas lelah
pintaku jangan aku kau singkirkan
dari cinta yang hanya tinggal sisa
dan berbekas rindu nan semakin menipis
untuk ke hujung hayat
moga kita di satukan dalam kehidupan
yang kita tak jangkakan.....
No comments:
Post a Comment